Isnin, 10 Oktober 2011

Sekadar berkongsi dan memberi Tutorial 1

Hari ini saya baru memberi Tutorial sebagai latihan sebelum mereka bercuti sempena cuti Depavalee, meskipun sudahpun minggu ke-5 kuliah. 9 soalan telahpun diberikan, sekadar berkongsi, antara soalan yang ajukan, seingat saya,

Kamu dan pasangan kamu telah diculik makhluk asing UFO, ketika kamu tersedar kamu dan pasangan kamu dapati telah berada di dalam sebuah bilik yang kecil dan tidak bertingkap. Apa yang ada di samping kamu, selain pakaian adalah seutas jam tangan digital, manakala pasangan kamu pula mempunyai sebentuk cincin yang diketahui beratnya dan seutas rantai leher.

Tentukan sama ada kamu berdua berada di atas muka bumi atau tak, atau kamu berada di planet lain.


Saja nak bagi depa (pelajar-pelajar saya) jadi MacGyver, mana tahu nanti mereka diculik makhluk asing dapatlah mereka mengenalpasti kedudukan mereka itu. Oh, mengenai McGuyver, saya terbaca profil Prof Sithi Vinayakam dari UM, beliau meminati fizik kerana suka menonton rancangan tv MacGyver yang menggunakan pengetahuan fiziknya untuk menyelamatkan keadaan (seperti James Bond).

Sedikit terkilan, kerana rancangan tv di Malaysia kurang menayangkan perkara-perkara yang sedemikian, yang banyak adalah drama hantu dan merempit, yang akhirnya generasi kita sudah mulai mendekati nasi kangkang, susuk, santau dan lain-lain (wal-iyya'udzubillah min dzaliik), tidak lupa, di jalanan juga kedengaran bunyi bingit motor berpeleseran.


Rajah 1: Mac Guyver

6 ulasan:

  1. benar...bila fikir blk crita hantu xbyk mberi kesan yg baek..

    BalasPadam
  2. kebelakangan ini penemuan fizik dan pengembangan teori baru macam semakin kurang, entah mengapa saya selalu berangan saudara metafizik akan memecahkan ketandusan negara dalam penemuan teori baru yang lebih syumul, terangkum dan lebih menggembirakan.

    BalasPadam
  3. Saya pun berharap begitu juga mengenai Hairi, semoga penyelidikan fizik reaktor makin rancak, mana tahu penerokaan ke atas zarah Cherenkov mungkin menemui laju cahaya yang baru ke atas zarah tersebut, insyaallah. :-)

    BalasPadam
  4. berkenaan penemuan baru-baru ini kononnya neutrino kenampakannya lebih laju dari cahaya? Jika benar pasti kita akan memerhatikan fenomena cerenkov ini berlaku bukan? kalau tidak silap elektron-positron terbebas..nanti saya cek balik..

    BalasPadam
  5. soaln menarik..macam mna nk tau jawapannya?

    BalasPadam
  6. Tanpa nama. Kalau kamu pelajar saya, nanti kita bincang dalam kelas kelak, insyaallah. :-)

    BalasPadam