Jumaat, 5 Februari 2010

PEMBACA MISTERI

Rutin harian saya adalah melihat pelayar halaman blog saya.
Sememangnya pembaca halaman ini adalah sangat sedikit, sekitar 1 pembaca setiap hari.

Tapi apa yang menariknya, pembaca ini hanya membaca pada pukul 2-4pagi (waktu Malaysia).

SIAPAKAH GERANGAN PEMBACA ITU?

SANGAT MISTERI BUKAN.....

SAYA SENDIRI PUN TAK TAHU

Sekiranya, pembaca tersebut membaca entri ini, silalah berikan sedikit komen dalam entri ini kali ini. Insyaallah.

Sekadar nak berkenalan, kerana saudara/i adalah PEMBACA MISTERI

Wallahu'alam

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan

    Rasanya sayalah pembaca misteri itu kot...hehe..
    Saya sekarang berada di Kanada, beza waktu dengan Malaysia lewat 12 jam/ 13 jam (DST).

    Saya memang suka baca blog ini walaupun banyak yang tidak faham.

    Sesekali mungkin tuan boleh menulis di ruangan fizik di http://majalahsains.com kendalian saya

    Ilmu dan penyelidikan tuan memang menakjubkan.
    Baca kisah-kisah di sebalik kelahiran fizik kuantum memang seronok, tapi bab matematiknya saya surrender..hehe.

    Selamat berkenalan dari saya
    Faizal
    Montreal, kanada

    BalasPadam
  2. hahahaha....

    terima kasih tuan....

    BalasPadam
  3. Hahahahah..... Tak Salah saya
    Tuan adalah Mohd Faizal dalam facebook saya, yang dua jam lalu tuan ada komen berkenaan pelajar menegur saya mengajar.

    BalasPadam
  4. Ya..betul lah tu..
    Isteri saya pun turut baca blog tuan..
    banyak ilmu fizik tuan kongsikan :-)

    BalasPadam
  5. :-)

    Kepada saudara sekeluarga saya ucapkan dengan lafaz jazakumullahu khairan katsirah.

    BalasPadam
  6. faudzi, dah bertemu pembaca misteri?adakah rutin yg sama masih diteruskan? hehehe....
    terima kasih atas segala perkongsian ilmu, walaupun berat menghadam teori fizik dan matematik....=)
    selamat maju jaya

    saidah

    BalasPadam