Jumaat, 22 Oktober 2010

Degenerasi

Degenerasi adalah satu fenomena yang memberikan nilai tenaga yang sama pada dua fungsi yang berbeza daripada hasil operasi operator Hamiltonian.

Analogi

"Katakan saya adalah pencerap (ditakrifkan sebagai operator Hamiltonian), kemudian saya datang ke bilik TU4A (Tadahan Utara-4A). Saya dapati kamu semua berada di dalam bilik tersebut. Kemudian saya pergi ke bilik sebelah iaitu TU5, yang peliknya saya dapati kamu semua dengan orang yang sama, muka yang sama dan jasad yang sama juga berada di dalam bilik tersebut tanpa ada kekurangan daripada pencerapan dalam bilik TU4A tadi. Saya pun berasa hairan. Kenapa mesti ada orang yang sama dalam dua bilik yang berbeza, tanpa berkurang dan berubah pun orang-orang tersebut"

Mungkin itu pelik! Hanya pelik dalam falsafah Klasik sahaja.
Tapi dalam Mekanik Kuantum itu tidak pelik, malahan ia dibenarkan dan sememangnya ia sedang berlaku dan ia dikenali sebagai fenomena Degenerasi

Satu Pencerap, Dua Keadaan Namun Satu Hasil - Pada Masa Yang Sama???

Wallahu ta'ala a'lam

2 ulasan:

  1. Erkk...saya rasa analogi tersebut tak langsung menggambarkan fenomena degenerasi

    BalasPadam
  2. H.Psi_121 = E.Psi_121
    H.Psi_112 = E.Psi_112

    E=E

    Dua keadaan yang berbeza, namun menunjukkan hasil pencerapan yang sama.

    Mungkin saya lihat daripada penafsiran matematiknya.

    Boleh tahu, apakah kesalahan analogi tersebut?
    Sebab saya sekdar nak memahamkan pelajar dengan persekitaran saya yang sesuai.

    Terima kasih sudi berkomentar dalam blog saya. Jazakallahukhairan katsirah.

    Siapa ya Tuan? Saya memang betul-betul nak berkenalan dengan lebih akrab, insyaallah. Saya rasa Tuan mengenali saya bukan. :-)

    BalasPadam