Jumaat, 8 Oktober 2010

Sindiran Kuantum

Arakian

Beberapa minggu lalu (ketika bulan Ramadhan), saya ada kuliah pada pukul 8.30pagi di Bilik E-Learning 8. Saya hadir dalam keadaan tergesa-gesa kerana saya agak sedikit, tambahan pula saya agak bersemangat, kerana pada malamnya saya sudah mengulangkaji sedikit bahan untuk diberikan kuliah pada pagi tersebut.

Tibanya saya ke dewan kuliah tersebut, saya dapati hanya 14 orang yang hadir daripada 35 orang pelajar saya. Kemudian saya bertanya, "Ehh... Mana yang lain?". Kemudian mereka menjawab bahawa pelajar lain sedang buat persediaan untuk Ujian Pertengahan Semester untuk kursus lain pada pukul 10.00am. Tak apalah saya meneruskan juga kelas tersebut, selepas 30minit kelas bermula saya dapati ada dua pelajar baru datang dengan tergesa-gesa, kerana kebimbangan akan dimarahi oleh saya, padahal tidak. Meskipun saya agak sedih dan sedikit sakit hati.


Al-Kisahnya

Pada hari lainnya, saya sedang mengajar mengenai Boleh Cerap (Observable) iaitu Operator berHermitian, juga Fungsi Gelombang dan Fungsi Eigen dan Nilai Eigen.

iaitu,


X.Psi(x,t) = x.Psi(x,t)

Saya menjelaskan bahawa,
"Jika Pencerap dan Fungsi Gelombang tersebut mematuhi Fungsi Eigen dan Nilai Eigen, maka Pencerap tersebut memberikan nilai yang tunggal hasil daripada ukuran pencerap tersebut ke atas Fungsi Gelombang."

Tambah saya lagi,
"Bahawa Pencerap tersebut yang memberikan nilai tersebut dan Fungsi boleh kita andaikan sebagai semacam sistem lah. Ujar saya untuk memahamkan mereka lagi, "Jadi tanpa pencerap tiadalah sebarang ukuran yang terjadi ke atas Fungsi Gelombang atau sistem tersebut"

Pelajar masih termanggu dan terdiam sejenak


Melihat keadaan pelajar saya seperti itu, maka saya membuat analogi

"Baiklah, begini cuba kamu bayangkan operator tersebut adalah Diri Saya bermakna saya adalah Pencerap, kemudian Fungsi Gelombang adalah Bilik E-Learning 8. Kemudian saya datang ke bilik tersebut untuk mengajar saya dapati ada 14 orang pelajar sahaja, maka 14orang pelajar tersebut adalah Nilai Eigen atau nilai hasil pencerapan saya ke atas bilangan pelajar dalam bilik E-Learning 8 tersebut, meskipun fakulti menetapkan 35orang mesti berada dalam bilik tersebut (secara lasik)"

Kata saya dengan muka rasa tak bersalah


KEMUDIAN PELAJAR KELIHATAN BERASA TERSINDIR DAN SAYA KELIHATAN BERASA PUAS.

2 ulasan:

  1. agaknya la kan, memang lecturer suka menyindir ya ;p

    BalasPadam
  2. Hahahaha... Tak ada lah sangat.
    Sekurang-kurangnya kuranglah sedikit bebanan sedih dan kecil hati saya ke atas mereka sebelum ini.

    Biasalah Sofiah, ada peluang nak sindir. Lagipula sindiran tersebut, berkemungkinan akan menyebabkan mereka lebih mudah faham dan mungkin akan ingat terus selama-lamanya, sebab mereka sedikit terasa. Jadi SINDIRAN JUGA PENTING DALAM KAEDAH PENGAJARAN DAN INI KITA KENALI SEBAGAI 'SINDIRAN KUANTUM'
    Hahahahhaha.....

    :-)

    Pemilik Blog

    BalasPadam