Isnin, 11 Jun 2012

Mimpi Berimpian

Beberapa minggu lepas saya dan Dr Shahrul Kadri ada berbincang sesuatu, iaitu mengenai impian masing-masing. Rupa-rupanya impian kami hampir-hampir sama iaitu, Memperibumikan Sains. Huh, apa itu Pemeribumian Sains? Istilah tersebut sudah lama digunakan, iaitu dari Prof Shaharir Md Zain. Tetapi yang menghairankan kenapa perjuangan Prof Shaharir tidak ditelusuri oleh anak muda, meskipun dari ASASI itu (Akademik Sains Islam Malaysia)? Hmmmm.....

 "Aku ada impian, walaupun sebelum ni tak pernah ada apa yang nak diimpikan" getus Dr Kadri dengan nada seloroh. Saya bertanya. Beliau membalas, "Aku nak menulis buku sains sekolah berasaskan nilai-nilai Malaysia" Saya mulai tertarik dan terus khusyuk menghayati setiap sisi perkataan beliau mengenai impian beliau. Hmmmm.....

Isi Perbualan Dijelmakan Dalam Bentuk Teks

Di Jerman dan Jepun, mereka memperkenalkan sains dan matematik kepada anak-anak mereka dengan diterapkan nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, juga melalui medium bahasa pengantar mereka. Sebagai contoh dalam buku teks sains Hukum Gerakan Newton (yang kita kenali) tidak ada buku teks mereka. Rupa-rupanya diperkenalkan saintis mereka, iaitu Gottfried Wilheim Leibniz, bukannya Isaac Newton. Ada betulnya juga, dulu ada konflik siapa yang memulai Kalkulus dan Mekanik Newton sama ada Newton dan Leibniz.

Tambah beliau lagi, Jepun pula mereka membangunkan sains dan teknologi berdasarkan keperluan budaya mereka, seperti rekabentuk bangunan berasaskan anti-gempa bumi, tandas mengikut budaya mereka dan lain-lain (saya terlupa). Dalam fizik zarah, topik pemecahan simetri sejagat dalam medan skalar yang membawa kepada idea zarah boson Goldstone yang dikatakan bermula daripada idea Jeffrey Goldstone, tetapi idea asalnya dimulai oleh Yoichiro Nambu. Tak hairan lah ketika saya menghadiri seminar fizik zarah, pembentang dari Jepun menggunakan istilah Teori Nambu-Goldstone, selalunya pembacaan saya mereka menulis dengan nama Teori Goldstone. Ini menunjukkan rasa bangga negara itu ada pada diri mereka.

Rentetan Daripada Itu

Rentetan daripada itu, Dr Kadri mengimpikan sebuah penulisan buku sains bercirikan semangat kenegaraan, antara perkara yang beliau usulkan yang membuatkan saya tersenyum iaitu beliau memberi contoh bahawa Suriani Abu Bakar pelopor kepada pembangunan nanotiub karbon (CNT). Dr Suriani adalah salah seorang rakan sejabatan kami.

Terfikir sejenak akan hal itu, hmmmm.....

Kenapa ya kita kurang mempunyai semangat kenegaraan? Hal ini memberi kesan buruk kepada sahsiah. Seperti contoh, kenapa orang membuang sampah merata-rata, ini kerana merasa kurang rasa cinta kepada negara mereka. Kenapa tamadun Islam berkembang dahulunya, ini kerana rasa cinta kepada agama mereka, mereka melakukan kerana agama Islam.

Cuba bayangkan dalam buku kita menyelit budaya dan rasa bangga dengan negara kita. Cuba bayangkan buku teks sekolah kita memetik perkataan berikut, "Mohd Hairi Rabir menyatakan bahawa....", "Norhasliza Yusof menemui bintang adiberjisim", "Wan Zul Adli menemui galaksi baru sejauh 1juta tahun cahaya melalui teknik baru beliau dalam bidang radioastronomi, rentetan daripada itu, galaksi itu dinamakan sempena nama belia, WZAdli-83", "Nor Sofiah Ahmad fizikawan pertama yang mengaplikasikan teknik ayunan neutrino dalam mengukur umur alam semesta", "Shaharir Md Zain mengusulkan idea zarah resapion dalam persamaan resapan berasaskan Schrodinger", "Suriani Ab Bakar memulai idea nanotiub karbon dari minyak enjin", "Nurisya Mohd Shah mengusulkan idea operator tak-komut dalam mekanik kuantum" --- Indah bukan?

Semoga Allah permudahkan urusan

6 ulasan:

  1. Sebenarnya untuk pengetahuan tuan, kami di reaktor banyak menjalankan kajian rintis di Malaysia secara spesifiknya untuk reaktor RTP, yang belum pernah dibuat di Malaysia..namun ia tidak memberi sumbangan besar kepada penemuan sains mahupun kemajuan teknologi kerana ia tidak berbentuk akademik..ia lebih kepada keperluan perkhidmatan teknikal atau industri. Masalah sebenarnya adalah KEPAKARAN kita tidak sampai lagi, dan jika ada pakar pun, medium atau perseketiran saintifik di Malaysia MASIH TERLALU KURANG, faham2 sajalah, kita ni apa2 pun semua isu politik, jadinya mana ada perhatian terhadap benda lain..

    BalasPadam
  2. A'ahh.. Itulah keadaannya. Huhuhu... Kalau di luar negara Pendidikan dan Akademik dibebaskan daripada politik seluruhnya. Politik sekadar pembimbing.

    Ini juga salah satu impian aku, huhuhu...
    http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/2012/03/sebuah-dokumentari-buat-tanah-air.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedikit pandangan saya,

      Saya juga mengimpikan Sains sepertimana yang di utarakan oleh Tuan blog, dan juga Prof Shaharir,
      satu lagi impian yang saya kira perlu di ambil kira ialah,
      aktiviti penterjemahan buku-buku hebat kedalam bahasa Melayu, secara peribadi saya cukup kagum dengan Indonesia, cendikiawan mereka menterjemah hasil karya barat ke dalam bahasa melayu indonesia. Sebagai contoh buku sains popular yg di karang oleh Alan Lightman yg bertajuk Einstein's Dream diterjmah menjadi "Mimpi-mimpi Einstein" (http://books.google.com.my/books?id=THdbJuLEPMAC&pg=PP9&dq=Mimpi-mimpi+Einstein+indonesia&hl=en&sa=X&ei=-hLYT5bZIYrWrQeI45DLDw&ved=0CFMQ6AEwBA#v=onepage&q=Mimpi-mimpi%20Einstein%20indonesia&f=false)

      Kita kene terjemah buku-buku hebat kedalam bahasa kita, cthnya buku karangan P.A.M Dirac, 'Principle of Quantum Mechanics', buku-buku sains dan matematik, saya sangat kagum dengan tulisan Prof Abu Osman Mad Tap, Professor Matematik Tulen UKM (mantan), yang menulis buku Topologi dalam bahasa Melayu..

      semoga usaha impian tuan menjadi kenyataan..
      orang Ireland bahasanya Irish, orang Inggeris bahasanya English, orang Scotland bahasa Scottish, orang Rumpun melayu bahasanya Melayu

      wallahu'taala 'alam..


      (AHAS-UPM)

      Padam
    2. Ada seorang Prof di salah satu RU Malaysia pernah menulis di FB,

      "Kerja menterjemah bukan kerja pensyarah. Dan sebagai pensyarah kita tidak boleh selama menjadi penterjemah buku-buku asing" ..Prof (Nama dirahsiakan)

      Untuk makluman, Prof ini tidak pernah menulis dan menterjemah sebuah buku pun, dan namanya pun tenggelam timbul di FB dengan isu-isu peribadi.

      Sekian! :-)

      Padam
    3. Bintang adijisim tu apa???

      NY

      Padam
  3. kita kena tanamkan minat pada sains dahulu dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat tertinggi, kemudian barulah kita boleh merealisasikan impian Faudzi dan Dr Shahrul Kadri tu.

    BalasPadam