Sabtu, 28 Ogos 2010

GALAK (Sebelum berfikiran Negatif, bacalah dahulu)

Dalam teori medan kuantum, terdapatnya istilah "galak" atau diInggeriskan sebagai "Transformation". Pada mulanya saya menggunakan perkataan Penjelmaan, tapi setelah saya terbaca nota kuliah Prof Wan Ahmad Tajuddin, beliau menggunakan perkataan "galakan", kemudian difikirkan bahawa "transformation" untuk kes Teori Medan Kuantum yang akan kita bincangkan nanti, bukanlah mengenai penjelmaan sesuatu kepada sesuatu yang lain, tetapi ianya merupakan "galakan sesuatu dalam konsep fizik".


Kuantum Elektrodinamik
Bagi mengekalkan galakan setempat (local transformation) maka dicadangkan gandingan foton (atau tolok elektromagnetan) dengan elektron. Medannya mematuhi kumpulan simetri U(1) dan pemalar "fine strukture" adalah Abelian (bermaksud komutatif)

Kuantum Warnadinamik
Manakala bagi kes Tak Abelian (tidak komutatif), untuk fenomena medan yang mematuhi kumpulan simetri SU(3). Dalam hal yang sama, bagi mengekalkan galakan setempat, maka kuark dicadangkan ianya bergandingan dengan satu entiti yang mematuhi kebebasan asimptotik, dan entiti tersebut dianalogi seperti berpintal dan semakin jauh jaraknya (dua zarah kuark) semakin kuat keupayaannya, analogi tersebut seperti "gam" atau diInggeriskan sebagai "glue", namun penamaan zarah sememangnya di tambahkan dengan -on, maka terhasilah nama Gluon. Ianya mempunyai cas, tetapi yang lucunya adalah ianya dianalogikan dengan "warna" (merah, hijau, biru).

Waallahu'alam

2 ulasan:

  1. Galakan (Inggeris:boost), lazimnya merujuk kepada transformasi Lorentz tulen, yakni transformasi yang menghubungkan dua kerangka inertia yang bergerak dengan laju malar relatif antara satu sama lain. Transformasi tolok tak sama dengan galakan.

    Kita bukanlah menuntut kekekalan "TRANSFORMASI SETEMPAT" (LOCAL TRANSFORMATION). Sebaliknya yang dituntut adalah supaya teori (Lagragian) yang terlibat kekal takvarian di bawah TRANSFORMASI TOLOK SETEMPAT (ψ(x)-->ψ'(x)=exp[iα(x)]ψ(x)).

    P/S:Kekuatan bahasa bukanlah hanya pada kekayaan istilah yang dimilikinya. Nahu bahasa itu juga sama pentingnya.

    BalasPadam
  2. Ohh... Terima kasih Tuan

    Ya. Gandingan tolok EM, A_mu dengan medan ψ(x) dicadangkan untuk mengekalkan ketakvarian Transformasi Setempat dalam Lagrangian itu, yang mana menggantikan α-->α(x).

    Sebenarnya saya setuju dengan kenyataan dalam P/S, tapi sikap saya suka untuk mengayakan istilah untuk diaplikasikan dalam bahasa Saintifik. Heheheh...

    Sukacitanya, saya berasa seronok Tuan Pen Kilometrico berkomentar

    Jutaan terima kasih diucapkan.

    -Pemilik blog-

    BalasPadam